Media sosial ini dikira sebagai satu lagi bentuk teknologi yang sangat popular dan digunakan hampir semua penduduk dimuka bumi ini bagi tujuan berinteraksi atau berhubung diantara satu sama lain. Sebahagian besar teknologi yang digambarkan sebagai "media baru" adalah digital, seringkali memiliki ciri dapat dimanipulasi, bersifat jaringan, padat, mampat, interaktif dan tidak memihak. Beberapa contoh media sosial adalah seperti internet, blog, website, facebook, Youtube dan sebagainya.
Memang tidak dapat boleh dinafikan
bahawa, media sosial ini mempunyai pengaruh yang besar kepada orang ramai dari
pelbagai perspektif kerana ia telah menjadi sebahagian hidup orang ramai
terutamanya media sosial seperti Facebook. Pada masa ini, penggunaan media
sosial iaitu laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia. Media
sosial seperti "Facebook", "Instagram", "My Space", "Frienster", dan sebagainya mendapat
perhatian masyarakat di negara ini. Penggunaannya yang mudah serta senang
diakses oleh masyarakat telah menyenangkan kehidupan rakyat dengan menjimatkan
masa dan tenaga mereka. Sebagai contoh, kini kita boleh mengakses Facebook atau Twitter di mana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja hanya dengan menggunakan
sebuah mobile phone. Media sosial ini mengakibatkan terjadinya fenomena besar
terhadap arus maklumat tidak hanya di negara-negara maju, tetapi juga di dalam
negara kita iaitu mulai dari daerah terpencil hingga berada di tengah-tengah
bandar, baik dari golongan rendah hingga golongan atasan tanpa mengira usia dan
kaum. Semua rakyat mendapatkan pelbagai maklumat dengan lebih mudah dan cepat.
Pada pendapat saya, perkembangan
media sosial ini telah mengubah lanskap cara kita berkomunikasi, berkongsi
pandangan dan kritikan, berniaga, belajar dan seterusnya cara kita bersosial. Melalui
penggunaan media sosial seperti Wechat, kita dapat mengenali pelbagai orang
dari latar belakang yang berbeza di seluruh dunia dan seterusnya dapat mengeratkan
hubungan antara satu sama lain. Kita boleh memahami budaya mereka yang berbeza dan
seterusnya dapat saling berkongsi budaya masing-masing dengan mereka. Media
sosial seperti Facebook juga boleh membantu kita untuk mencari kenalan lama
kita, iaitu hubungan yang telah lama terputus juga
dapat dieratkan semula. Sebagai contoh, apabila seseorang itu yang terputus
hubungan dengan rakan sebaya sejak tamat
pengajian di sekolah , mereka boleh mencari semula rakan sebaya mereka melalui saluran media sosial ini di mana ia dapat digunakan sebagai suatu medium utama untuk mencari
kenalan lama yang telah terputus. Mereka dapat mengetahui kerjaya yang telah
diceburi oleh rakan dan dapat berinterasi antara satu sama lain. Gambar yang
telah diletakkan di dalam profil juga boleh dilihat dan dikomen oleh semua
rakan. Mereka juga dapat menyampaikan maklumat seperti mengadakan satu
perjumpaan di sesuatu tempat dengan mengumpulkan guru-guru dan rakan-rakan.
Perkara ini menjadi mudah kerana dapat menjimatkan masa dan tenaga dengan cara
menggunakan kemudahan yang sedia ada. Jadi, jelaslah bahawa media
sosial ini dapat membantu kita mengeratkan hubungan kita dengan rakan
kita.
Walaupun media sosial mampu membolehkan kita mendapat kenalan baru, tetapi kita juga
perlu berhati-hati dengan kenalan di dalam media sosial kerana banyak kes
penipuan atau pemalsuan boleh berlaku juga dalam media sosial terutamanya
Facebook. Kes penipuan sering berlaku disebabkan oleh mereka yang baru
dikenalinya melalui laman sosial. Mereka biasanya akan mengikut semua kemahuan
yang diminta oleh rakan dalam laman sosial tersebut. Sebagai contohnya, keadaan
ini boleh berlaku apabila kenalan baru dalam saluran media sosial akan menggunakan pelbagai
alasan untuk mengajak anda keluar dan membuat temu janji dengan menyatakan
tempat dan masanya. Seterusnya, kebanyakan remaja terutamanya golongan perempuan
tersebut akan pergi ke tempat yang telah dinyatakan tanpa berfikir panjang.
Namun demikian, setibanya di tempat yang dinyatakan oleh kenalan laman sosial
itu, mereka mungkin ditipu dan ada juga yang telah menjadi mangsa rogol. Oleh
itu, selain mendapat kenalan baru, kita juga perlu berhati-hati
dengan kenalan baru tersebut sedangkan kita masih belum mengenali mereka dengan
jelas.
Di samping itu, media sosial juga
memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan pelbagai maklumat yang
terkini kepada rakyat dalam mendapatkan sesuatu info terkini dengan cepat dan
pantas. Rakyat boleh mendapatkan maklumat dengan hanya melayari media sosial
seperti berita online dan Youtube. Sebagai contohnya, rakyat dapat menjejaki
perkembangan berita terkini tentang kehilangan MH370 itu dengan hanya melalui
media sosial seperti laman web Utusan Melayu, Berita Harian dan sebagainya. Ini
dapat menjimatkan masa mereka untuk menunggu media cetak seperti surat khabar
untuk mendapatkan berita terkini itu. Mereka juga dapat menjimatkan tenaga
mereka supaya tidak perlu pergi ke tempat kejadian untuk mendapatkan berita
tersebut. Mereka boleh mengikuti perkembangan pada bila-bila masa tanpa kira di
mana melalui media sosial sedangkan media sosial ini akan selalu mengemaskinikan maklumat terbaru kepada rakyat.
Kita juga boleh mengadakan
perbincangan ilmiah dan berkongsi maklumat dan pandangan kita dilakukan melalui
ruangan e-didik antara pensyarah dan pelajar. Kita juga boleh mengeluarkan
pendapat kita dan komen kita terhadap sesuatu isu tersebut. Inilah kebaikan
yang dibawa melalui kebebasan siber yang diamalkan melalui Rang Undang-Undang
Multimedia Superkoridor dan Akta Komunikasi dan Multimedia yang menjamin kepada
kebebasan berkenaan. Namun begitu, kebebasan ini juga boleh mendatangkan
keburukannya. Apabila kebebasan siber diamalkan, pelbagai maklumat yang tidak
baik dan subversif beredar dalam ruang media sosial seperti maklumat lucah,
perkauman, penghinaan agama, dan ancaman keselamatan. Sebagai contohnya, kes tentang kenyataan menghina negara
atau simbol negara terutama ke atas Yang di-Pertuan Agong dalam Facebook menjadi buah mulut dalam khalayak.
Kejadian sebegini seharusnya tidak berlaku di dalam negara yang menuju kemajuan
seperti Malaysia. Perlembagaan negara dan simbol negara yang jelas dinyatakan
dalam Rukun Negara haruslah dihormati. Tiada negara yang mahukan simbol
negaranya untuk terus dihina. Keadaan
Ini memerlukan pihak kerajaan dan berkuasa seperti Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia, polis dan Cyber Security bertindak untuk menghadapi
ancaman berkenaan.
Namun demikian, media sosial telah menyebabkan masyarakat kini menjadi anti-sosial kerana
mereka hanya bermain dengan telefon bimbit yang canggih tersebut. Seterusnya hanya
berkomunikasi dengan seseorang melalui media tersebut. Dengan ini, penglibatan
interaksi antara satu sama lain kian berjauhan kerana manusia pada masa kini
lebih bergantung pada media sosial. Oleh itu, boleh dilihatkan bahawa cara
bersosial antara satu sama lain kian menurun kerana manusia kini tidak pandai
berkomunikasi dengan seseorang dengan cara yang efektif. Cabaran yang dihadapi oleh mereka pada masa sekarang adalah berhadapan dengan alat-alat elektronik seperti smart phone, ipad dan sebagainya.
Selain itu, situasi ini boleh dilihat dengan lebih ketara adalah ketika seseorang
manaiki bus ataupun di dalam tren KTM. Selain negara kami mengamalkan amalan
ini, negara lain juga sebegitu.
Kesimpulannya, penggunaan media
sosial boleh memberikan kesan terhadap corak kehidupan masyarakat di Malaysia di mana
ia mempunyai dua segi pengaruh terhadap perubahan masyarakat yang akan
ditimbulkan iaitu segi positif dan segi negatif. Media sosial ini akan
mempengaruhi perilaku dan cara berfikir manusia di kehidupan sosialnya dari
pelbagai perspektif dan perubahan sosial secara meluas terutamanya dalam budaya hidup. Oleh itu, sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita perlu
menggunakan media sosial ini sebaiknya agar media sosial ini tidak menjadi
salah satu masalah kepada negara.
Sebagai seorang yang berpelajaran pula, kita juga perlu bijak menilai
mana baik dan buruk dalam sesuatu perkara. Masyarakat juga perlu mempunyai
disiplin dan ketahanan diri bagi mengubah corak hidup dengan menggunakan laman
sosial itu untuk kegunaan yang baik dan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat bagi
meningkatkan kecekapan minda masyarakat supaya menjadi minda kelas pertama.
Masyarakat juga perlu memastikan penggunaan teknologi ini dapat diseimbangkan
tanpa berlaku pengeksploitasian dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia.