Masalah gejala
sosial dalam kalangan masyarakat pada hari ini semakin serius dan
membimbingkan rakyat. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja adalah merupakan
pemimpin negara pada masa depan. Berbagai-bagai gejala sosial hari ini semakin
menular dan merebak dalam kalangan remaja hari. Contoh-contoh gejala sosial
yang selalu berlaku dalam kalangan remaja ialah penagihan dadah, mat rempit,
masalah ponteng sekolah, pembuangan bayi, pencurian, gangsterisme, vandelisme
dan sebagainya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa terdapat banyak faktor
seperti masalah pengaruh rakan sebaya, kekurangan kasih sayang, pengaruh media
massa dan sebagainya menyebabkan masalah kes gejala sosial itu berlaku dan
meningkat.
Pada pandangan
saya, pada peringkat tahap remaja adalah merupakan tahap yang sedang mencari
identiti sendiri. Mereka mempunyai cara fikiran sendiri kerana beranggap
terdapat kebolehan untuk berfikir sendiri dan membuat keputusan sendiri. Memang
tidak boleh dinafikan bahawa remaja pada peringkat umur 15-18 dan mudah
dipengaruhi oleh kawasan sekeliling mereka seperti kawan, media massa, keluarga
dan sebagainya. Dengan ini, apabila dipengaruhi oleh kawasan sekeliling mereka
cara pemikiran akan mencodong. Namun masalah keluarga adalah merupakan antara
faktor yang paling penting untuk menentukan pemikiran mereka. Hal ini dikatakan
demikian kerana ibu bapa memainkan contoh model anak-anak mereka. Dengan ini,
keluarga yang tidak sempurna seperti penceraian ibu bapa, pergaduhan dan ibu
bapa yang kurang mengambil berat terhadap anak-anak mereka akan menyebabkan
anak-anak mereka berasa diabaikan dan kekurangan kasih sayang oleh ibu bapa.
Disebabkan tidak mendapat perhatian daripada kedua-dua orang ibu bapa maka
remaja akan bergaul dengan rakannya tanpa mengira sama ada rakan tersebut
adalah baik ataupun tidak. Oleh itu, kawan yang mereka bergaul adalah orang
yang paling dipercayai. Dengan ini, mereka akan mengikuti apa-apa yang
dilakukan oleh rakan mereka.
Saya percaya
bahawa semua remaja faham akan kebahayakan mat rempit dan ia adalah merupakan
salah satu aktiviti yang melanggar undang-undang. Namun demikian, mereka tetap
berbuat demikian kerana mereka ingin merasa kelajuan dan memandu motosikal.
Selain itu, adanya juga ingin mendapatkan kepuasan daripada kelajuan tersebut
selain mendapatkan perhatian daripada orang lain. Selain ingin mendapat
perhatian daripada orang ramai dan mendapatkan keseronokan itu, isu mat rempit
kian meruncing juga disebabkan oleh kawan di sekeliling. Hal ini dikatakan
demikian kerana ketika diajakkan oleh kawannya, maka seseorang terpaksa
mengikuti kawannya kerana jika membantah maka akan dieksploitasikan oleh kawan
tersebut. Dengan ini untuk memastikan hubungan antara satu sama lain, seseorang itu akan mengikuti apa-apa sahaja yang disuruh oleh kawannya walaupun
tahu bahawa mat rempit adalah merupakan salah satu aktiviti yang melanggar
undang-undang.
Masalah isu mat
rempit sepatutnya diatasi kerana ia akan meragut nyawa seseorang. Dipandangkan
kebanyakan si mat rempit kurang serik dengan undang-undang yang ditetapkan maka
teknik lain perlulah diamalkan untuk mengatasi masalah ini. Misalnya
menganjurkan aktiviti pertandingan menunggang basikal untuk menggantikan mat
rempit ataupun aktiviti yang lebih bermakna kerana mereka lebih suka pada kesukanan
jika berbanding dengan belajar. Aktiviti yang bermakna boleh membantu mengisi
masa lapang masing-masing dan secara tidak langsungnya ia boleh memotivasikan
seseorang untuk menjadi baik.
No comments:
Post a Comment