Sunday, May 11, 2014

GEJALA SOSIAL

Masalah gejala sosial dalam kalangan masyarakat pada hari ini semakin serius dan membimbingkan rakyat. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja adalah merupakan pemimpin negara pada masa depan. Berbagai-bagai gejala sosial hari ini semakin menular dan merebak dalam kalangan remaja hari. Contoh-contoh gejala sosial yang selalu berlaku dalam kalangan remaja ialah penagihan dadah, mat rempit, masalah ponteng sekolah, pembuangan bayi, pencurian, gangsterisme, vandalisme dan sebagainya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa terdapat banyak faktor seperti masalah pengaruh rakan sebaya, kekurangan kasih sayang, pengaruh media massa dan sebagainya menyebabkan masalah kes gejala sosial itu berlaku dan meningkat.

Pada pandangan saya, pada peringkat tahap remaja adalah merupakan tahap yang sedang mencari identiti sendiri. Mereka mempunyai cara fikiran sendiri kerana beranggap terdapat kebolehan untuk berfikir sendiri dan membuat keputusan sendiri. Memang tidak boleh dinafikan bahawa remaja pada peringkat umur 15-18 dan mudah dipengaruhi oleh kawasan sekeliling mereka seperti kawan, media massa, keluarga dan sebagainya. Dengan ini, apabila dipengaruhi oleh kawasan sekeliling mereka cara pemikiran akan mencondong. Namun masalah keluarga adalah merupakan antara faktor yang paling penting untuk menentukan pemikiran mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa memainkan contoh model dan teladan anak-anaknya. Hal sedemikian disebabkan kanak-kanak diibaratkan kain putih yang perlu dicorakkan oleh ibu bapa. Dengan ini, keluarga yang tidak sempurna seperti penceraian ibu bapa, pergaduhan dan ibu bapa yang kurang mengambil berat terhadap anak-anak mereka akan menyebabkan anak-anaknya berasa diabaikan dan tidak dapat merasai kasih sayang ibu bapa. Disebabkan tidak mendapat perhatian daripada kedua-dua orang ibu bapa, remaja akan bergaul dengan rakannya tanpa mengira sama ada rakan tersebut adalah baik ataupun tidak. Oleh itu, kawan yang digaul oleh mereka merupakan orang yang paling dipercayai. Pendek kata, mereka akan mengikuti apa-apa yang dilakukan oleh rakan mereka.

Seterusnya, remaja pada peringkat umur 15 hingga 18 juga merupakan peringkat yang mempunyai perasaan yang ingin mencuba dan mudah dicabar untuk melibat dalam pelbagai aktiviti gejala sosial. Justeru, apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka akan mengundangkan  perasaan ingin tahu dalam kalangan remaja. Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa-apa yang ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara tersebut. Secara tidak langsungnya, kondisi ini membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan sebarang perkara-perkara yang mereka tidak pernah buat khususnya aktiviti gejala sosial seperti rokok, pergaulan bebas, lepak, mat rempit, dadah dan sebagainya. Remaja yang mempunyai perasaan ingin mencuba itu juga dahagakan keseronokan daripada perkara yang mereka tidak pernah cuba sebelumnya. Oleh itu, sebarang yang terlintas dalam pemikiran mereka adalah keseronokan dan perasaan ingin mencuba sahaja tanpa memikirkan akibat perbuatan mereka itu kelak.

Sebenarnya perasaan ingin mencuba remaja ini bukan sahaja dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka tetapi juga dipengaruhi oleh media sosial. Memang tidak dinafikan bahawa media sosial seperti Youtube, Facebook dan sebagainya telah menjadi penyumbang utama kepada berlakunya gejala sosial dalam kalangan para remaja hari ini kerana media sosial kini merupakan satu saluran yang paling pantas dalam menyampaikan maklumat dan informasi. Namun, bukan semuanya yang disampaikan dalam media sosial itu memberikan kesan yang buruk. Terdapat juga segelintir program-program dan drama-drama yang menayangkan pergaulan bebas dapat ditonton melalui media sosial seperti Youtube. Keleluasaan kandungan yang melibatkan gejala sosial dalam sesebuah filem atau drama itu mudah mempengaruhi fikiran remaja yang masih belum matang. Pada masa yang sama, fenomena ini akan mencetuskan perasaan ingin mencuba mereka untuk dalam perkara yang belum dicuba oleh mereka. Perasaan sebegini telah menyebabkan mereka hanya ingin mencuba dan mencari keseronokan dalam perkara yang mereka belum cuba tanpa memikirkan akibat mereka.

Kesimpulannya, setiap warga masyarakat tanpa mengira kaum haruslah bersatu padu menggembleng tenaga untuk mencegah dan membanteras masalah sosila ini supaya masalah sosial ini tidak menular dengan lebih serius. Pihak atasan seperti badan-badan kerajaan dan kerajaan juga perlu lebih peka dan menganjurkan pelbagai ceramah atau motivasi kepada remaja supaya mereka mendapat pelbagai informasi berkenaan gejala ini dan sedar akan kesan daripada perbuatan tidak bermoral itu. Dengan usaha-usaha yang dilakukan secara bersama dan menyeluruh ini dapat membantu mengurangkan masalah ini daripada terus menjadi satu masalah yang serius di Malaysia. Kita tidak patut menunding jari kepada pihak yang lain kerana penyelesaian masalah gejala sosial itu adalah tanggungjawab setiap orang. Pendek kata, gejala sosial perlu ditangani dengan cepat supaya remaja tidak lagi terlibat dalam gejala sosial sedangkan golongan remaja merupakan pewaris negara pada masa akan datang yang akan menentukan arah dan merealisasikan wawasan 2020 negara.






No comments:

Post a Comment