Friday, May 9, 2014

PERGAULAN BEBAS


Masalah gejala sosial dalam kalangan masyarakat pada hari ini semakin serius dan membimbingkan rakyat. Berbagai-bagai gejala sosial hari ini semakin menular dan merebak dalam kalangan remaja hari. Contoh-contoh gejala sosial yang selalu berlaku dalam kalangan remaja ialah penagihan dadah, mat rempit, masalah ponteng sekolah, pembuangan bayi, pencurian, gangsterisme, vandelisme dan sebagainya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa terdapat banyak faktor seperti masalah pengaruh rakan sebaya, kekurangan kasih sayang, pengaruh media massa dan sebagainya menyebabkan masalah kes gejala sosial itu berlaku dan meningkat.

          Pada pandangan saya, remaja pada peringkat umur 15-18 juga merupakan peringkat yang mempunyai perasaan yang ingin mencuba dan mudah dicabar untuk melibat dalam pelbagai aktiviti gejala sosial. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka akan mengundangkan perasaan ingin tahu di kalangan remaja. Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara perkara tersebut. Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan sebarang perkara-perkara yang mereka tidak pernah buat khususnya aktiviti gejala sosial seperti, pergaulan bebas.

             Memang tidak dapat dinafikan bahawa sejak mutakhir ini, ramai remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas. Tambahan pula,dalam era-serba moden ini, pergaulan para remaja semakin tidak terbatas. Mereka bebas berbuat apa sahaja tanpa memikirkan masyarakat sekeliling. Pergaulan bebas ini sebenarnya  dapat didefinisikan sebagai pergaulan bebas tanpa batasan antara lelaki dan perempuan yang belum berkhawin. Kebannyakan masalah pergaulan bebas ini berlaku adalah berasal daripada perasaan ingin mencuba dalam kalangan remaja ini. Remaja akan dahagakan keseronokan daripada perkara yang mereka tidak pernah cuba sebelumnya. Bagi mereka, apa yang terlintas di pemikiran mereka adalah keseronokan dan perasaan ingin mencuba sahaja tanpa memikirkan akibat perbuatan mereka itu kelak .Oleh itu, pergaulan bebas pun telah menjadi sesuatu aktiviti yang dilakukan untuk memenuhi perasaan ingin mencuba mereka.

                  Selain itu, perkembangan media sosial sekarang seperti Youtube, Facebook dan sebagainya juga telah menjadi penyumbang utama kepada berlakunya gejala sosial seperti pergaulan bebas di kalangan para remaja hari ini kerana media sosial sekarang merupakan  saluran yang paling pantas dalam  menyampaikan pelbagai jenis maklumat.Walaupun tidak semuanya apa yang disampaikan dalam media  sosial itu memberikan kesan yang buruk, namun terdapat juga segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas di kalangan remaja tetap dapat ditonton melalui media sosial seperti Youtube.

                  Keleluasaan kandungan yang melibatkan gejala sosial seperti pergaulan bebas dalam sesebuah filem atau drama itu mudah mempengaruhi fikiran remaja yang masih belum matang itu dan seterusnya akan mencetuskan perasaan ingin mencuba mereka untuk dalam perkara yang mereka belum cuba khususnya dalam gejala sosial seperti pergaulan bebas. Perasaan ingin mencuba ini telah menyebabkan mereka hanya ingin mencuba dan mencari keseronokan dalam perkara yang mereka belum cuba tanpa memikirkan akibat mereka seperti pergaulan bebas yang terdapat dalam filem atau drama dalam media sosial.  Oleh itu, media sosial juga merupakan satu saluran yang menyebabkan perasaan ingin mencuba mereka dalam pergaulan bebas yang terdapat dalam media sosial ini.



               Kesimpulannya, masalah pergaulan bebas dalam kalangan remaja perlu dibendungkan dengan secepat mungkin sebelum masalah pergaulan bebas menjadi semakin serius di Malaysia. Peranan ibubapa sangatlah penting untuk membentuk pola pikir mereka jadi lebih baik dan melakukan hal-hal yang positif. Ibubapa juga harus memberi sentiasa mengawasi pergaualan anak mereka denagn kawan mereka dan juga memberi penerangan tentang akibat pergaulan bebas. Pihak masyarakat juga perlu bersama-sama menjaga dan mengawasi pergaulan remaja. Pendek kata, gejala sosial perlu ditangani dengan cepat supaya remaja tidak lagi terlibat dalam gejala sosial sedangkan golongan remaja merupakan pewaris negara pada masa akan datang yang akan menentukan arah dan merealisasikan wawasan 2020 negara.


Masalah Remaja: Pergaulan Bebas


No comments:

Post a Comment