Saturday, May 17, 2014

PERANAN MEDIA SOSIAL


Media sosial ini dikira sebagai satu lagi bentuk teknologi yang sangat popular dan digunakan hampir semua penduduk dimuka bumi ini bagi tujuan berinteraksi atau berhubung diantara satu sama lain. Sebahagian besar teknologi yang digambarkan sebagai "media baru" adalah digital, seringkali memiliki ciri dapat dimanipulasi, bersifat jaringan, padat, mampat, interaktif dan tidak memihak. Beberapa contoh media sosial adalah seperti internet, blog, website, facebook, Youtube dan sebagainya.

Memang tidak dapat boleh dinafikan bahawa, media sosial ini mempunyai pengaruh yang besar kepada orang ramai dari pelbagai perspektif kerana ia telah menjadi sebahagian hidup orang ramai terutamanya media sosial seperti Facebook. Pada masa ini, penggunaan media sosial iaitu laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia. Media sosial seperti "Facebook", "Instagram", "My Space", "Frienster", dan sebagainya mendapat perhatian masyarakat di negara ini. Penggunaannya yang mudah serta senang diakses oleh masyarakat telah menyenangkan kehidupan rakyat dengan menjimatkan masa dan tenaga mereka. Sebagai contoh, kini kita boleh mengakses Facebook atau Twitter di mana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja hanya dengan menggunakan sebuah mobile phone. Media sosial ini mengakibatkan terjadinya fenomena besar terhadap arus maklumat tidak hanya di negara-negara maju, tetapi juga di dalam negara kita iaitu mulai dari daerah terpencil hingga berada di tengah-tengah bandar, baik dari golongan rendah hingga golongan atasan tanpa mengira usia dan kaum. Semua rakyat mendapatkan pelbagai maklumat dengan lebih mudah dan cepat.

Pada pendapat saya, perkembangan media sosial ini telah mengubah lanskap cara kita berkomunikasi, berkongsi pandangan dan kritikan, berniaga, belajar dan seterusnya cara kita bersosial. Melalui penggunaan media sosial seperti Wechat, kita dapat mengenali pelbagai orang dari latar belakang yang berbeza di seluruh dunia dan seterusnya dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Kita boleh memahami budaya mereka yang berbeza dan seterusnya dapat saling berkongsi budaya masing-masing dengan mereka. Media sosial seperti Facebook juga boleh membantu kita untuk mencari kenalan lama kita, iaitu hubungan yang telah lama terputus juga dapat dieratkan semula. Sebagai contoh, apabila seseorang itu yang terputus hubungan dengan rakan sebaya sejak  tamat pengajian di sekolah , mereka boleh mencari semula rakan sebaya mereka melalui saluran media sosial ini di mana ia dapat digunakan sebagai suatu medium utama untuk mencari kenalan lama yang telah terputus. Mereka dapat mengetahui kerjaya yang telah diceburi oleh rakan dan dapat berinterasi antara satu sama lain. Gambar yang telah diletakkan di dalam profil juga boleh dilihat dan dikomen oleh semua rakan. Mereka juga dapat menyampaikan maklumat seperti mengadakan satu perjumpaan di sesuatu tempat dengan mengumpulkan guru-guru dan rakan-rakan. Perkara ini menjadi mudah kerana dapat menjimatkan masa dan tenaga dengan cara menggunakan kemudahan yang sedia ada. Jadi, jelaslah bahawa  media  sosial ini dapat membantu kita mengeratkan hubungan kita dengan rakan kita.

Walaupun media sosial mampu membolehkan kita mendapat kenalan baru, tetapi kita juga perlu berhati-hati dengan kenalan di dalam media sosial kerana banyak kes penipuan atau pemalsuan boleh berlaku juga dalam media sosial terutamanya Facebook. Kes penipuan sering berlaku disebabkan oleh mereka yang baru dikenalinya melalui laman sosial. Mereka biasanya akan mengikut semua kemahuan yang diminta oleh rakan dalam laman sosial tersebut. Sebagai contohnya, keadaan ini boleh berlaku apabila kenalan baru dalam saluran media sosial akan menggunakan pelbagai alasan untuk mengajak anda keluar dan membuat temu janji dengan menyatakan tempat dan masanya. Seterusnya, kebanyakan remaja terutamanya golongan perempuan tersebut akan pergi ke tempat yang telah dinyatakan tanpa berfikir panjang. Namun demikian, setibanya di tempat yang dinyatakan oleh kenalan laman sosial itu, mereka mungkin ditipu dan ada juga yang telah menjadi mangsa rogol. Oleh itu, selain mendapat kenalan baru, kita juga perlu berhati-hati dengan kenalan baru tersebut sedangkan kita masih belum mengenali mereka dengan jelas.

Di samping itu, media sosial juga memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan pelbagai maklumat yang terkini kepada rakyat dalam mendapatkan sesuatu info terkini dengan cepat dan pantas. Rakyat boleh mendapatkan maklumat dengan hanya melayari media sosial seperti berita online dan Youtube. Sebagai contohnya, rakyat dapat menjejaki perkembangan berita terkini tentang kehilangan MH370 itu dengan hanya melalui media sosial seperti laman web Utusan Melayu, Berita Harian dan sebagainya. Ini dapat menjimatkan masa mereka untuk menunggu media cetak seperti surat khabar untuk mendapatkan berita terkini itu. Mereka juga dapat menjimatkan tenaga mereka supaya tidak perlu pergi ke tempat kejadian untuk mendapatkan berita tersebut. Mereka boleh mengikuti perkembangan pada bila-bila masa tanpa kira di mana melalui media sosial sedangkan media sosial ini akan selalu mengemaskinikan maklumat terbaru kepada rakyat.

Kita juga boleh mengadakan perbincangan ilmiah dan berkongsi maklumat dan pandangan kita dilakukan melalui ruangan e-didik antara pensyarah dan pelajar. Kita juga boleh mengeluarkan pendapat kita dan komen kita terhadap sesuatu isu tersebut. Inilah kebaikan yang dibawa melalui kebebasan siber yang diamalkan melalui Rang Undang-Undang Multimedia Superkoridor dan Akta Komunikasi dan Multimedia yang menjamin kepada kebebasan berkenaan. Namun begitu, kebebasan ini juga boleh mendatangkan keburukannya. Apabila kebebasan siber diamalkan, pelbagai maklumat yang tidak baik dan subversif beredar dalam ruang media sosial seperti maklumat lucah, perkauman, penghinaan agama, dan ancaman keselamatan. Sebagai contohnya, kes tentang kenyataan menghina negara atau simbol negara terutama ke atas Yang di-Pertuan Agong dalam Facebook menjadi buah mulut dalam khalayak. Kejadian sebegini seharusnya tidak berlaku di dalam negara yang menuju kemajuan seperti Malaysia. Perlembagaan negara dan simbol negara yang jelas dinyatakan dalam Rukun Negara haruslah dihormati. Tiada negara yang mahukan simbol negaranya untuk terus dihina. Keadaan  Ini memerlukan pihak kerajaan dan berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, polis dan Cyber Security bertindak untuk menghadapi ancaman berkenaan.

Namun demikian, media sosial telah menyebabkan masyarakat kini menjadi anti-sosial kerana mereka hanya bermain dengan telefon bimbit yang canggih tersebut. Seterusnya hanya berkomunikasi dengan seseorang melalui media tersebut. Dengan ini, penglibatan interaksi antara satu sama lain kian berjauhan kerana manusia pada masa kini lebih bergantung pada media sosial. Oleh itu, boleh dilihatkan bahawa cara bersosial antara satu sama lain kian menurun kerana manusia kini tidak pandai berkomunikasi dengan seseorang dengan cara yang efektif. Cabaran yang dihadapi oleh mereka pada masa sekarang adalah berhadapan dengan alat-alat elektronik seperti smart phone, ipad dan sebagainya. Selain itu, situasi ini boleh dilihat dengan lebih ketara adalah ketika seseorang manaiki bus ataupun di dalam tren KTM. Selain negara kami mengamalkan amalan ini, negara lain juga sebegitu.

Kesimpulannya, penggunaan media sosial boleh memberikan kesan terhadap corak kehidupan masyarakat di Malaysia di mana ia mempunyai dua segi pengaruh terhadap perubahan masyarakat yang akan ditimbulkan iaitu segi positif dan segi negatif. Media sosial ini akan mempengaruhi perilaku dan cara berfikir manusia di kehidupan sosialnya dari pelbagai perspektif dan perubahan sosial secara meluas terutamanya dalam budaya hidup. Oleh itu, sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita perlu menggunakan media sosial ini sebaiknya agar media sosial ini tidak menjadi salah satu masalah kepada negara.  Sebagai seorang yang berpelajaran pula, kita juga perlu bijak menilai mana baik dan buruk dalam sesuatu perkara. Masyarakat juga perlu mempunyai disiplin dan ketahanan diri bagi mengubah corak hidup dengan menggunakan laman sosial itu untuk kegunaan yang baik dan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat bagi meningkatkan kecekapan minda masyarakat supaya menjadi minda kelas pertama. Masyarakat juga perlu memastikan penggunaan teknologi ini dapat diseimbangkan tanpa berlaku pengeksploitasian dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia.





Sunday, May 11, 2014

GEJALA SOSIAL

Masalah gejala sosial dalam kalangan masyarakat pada hari ini semakin serius dan membimbingkan rakyat. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja adalah merupakan pemimpin negara pada masa depan. Berbagai-bagai gejala sosial hari ini semakin menular dan merebak dalam kalangan remaja hari. Contoh-contoh gejala sosial yang selalu berlaku dalam kalangan remaja ialah penagihan dadah, mat rempit, masalah ponteng sekolah, pembuangan bayi, pencurian, gangsterisme, vandalisme dan sebagainya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa terdapat banyak faktor seperti masalah pengaruh rakan sebaya, kekurangan kasih sayang, pengaruh media massa dan sebagainya menyebabkan masalah kes gejala sosial itu berlaku dan meningkat.

Pada pandangan saya, pada peringkat tahap remaja adalah merupakan tahap yang sedang mencari identiti sendiri. Mereka mempunyai cara fikiran sendiri kerana beranggap terdapat kebolehan untuk berfikir sendiri dan membuat keputusan sendiri. Memang tidak boleh dinafikan bahawa remaja pada peringkat umur 15-18 dan mudah dipengaruhi oleh kawasan sekeliling mereka seperti kawan, media massa, keluarga dan sebagainya. Dengan ini, apabila dipengaruhi oleh kawasan sekeliling mereka cara pemikiran akan mencondong. Namun masalah keluarga adalah merupakan antara faktor yang paling penting untuk menentukan pemikiran mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa memainkan contoh model dan teladan anak-anaknya. Hal sedemikian disebabkan kanak-kanak diibaratkan kain putih yang perlu dicorakkan oleh ibu bapa. Dengan ini, keluarga yang tidak sempurna seperti penceraian ibu bapa, pergaduhan dan ibu bapa yang kurang mengambil berat terhadap anak-anak mereka akan menyebabkan anak-anaknya berasa diabaikan dan tidak dapat merasai kasih sayang ibu bapa. Disebabkan tidak mendapat perhatian daripada kedua-dua orang ibu bapa, remaja akan bergaul dengan rakannya tanpa mengira sama ada rakan tersebut adalah baik ataupun tidak. Oleh itu, kawan yang digaul oleh mereka merupakan orang yang paling dipercayai. Pendek kata, mereka akan mengikuti apa-apa yang dilakukan oleh rakan mereka.

Seterusnya, remaja pada peringkat umur 15 hingga 18 juga merupakan peringkat yang mempunyai perasaan yang ingin mencuba dan mudah dicabar untuk melibat dalam pelbagai aktiviti gejala sosial. Justeru, apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka akan mengundangkan  perasaan ingin tahu dalam kalangan remaja. Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa-apa yang ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara tersebut. Secara tidak langsungnya, kondisi ini membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan sebarang perkara-perkara yang mereka tidak pernah buat khususnya aktiviti gejala sosial seperti rokok, pergaulan bebas, lepak, mat rempit, dadah dan sebagainya. Remaja yang mempunyai perasaan ingin mencuba itu juga dahagakan keseronokan daripada perkara yang mereka tidak pernah cuba sebelumnya. Oleh itu, sebarang yang terlintas dalam pemikiran mereka adalah keseronokan dan perasaan ingin mencuba sahaja tanpa memikirkan akibat perbuatan mereka itu kelak.

Sebenarnya perasaan ingin mencuba remaja ini bukan sahaja dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka tetapi juga dipengaruhi oleh media sosial. Memang tidak dinafikan bahawa media sosial seperti Youtube, Facebook dan sebagainya telah menjadi penyumbang utama kepada berlakunya gejala sosial dalam kalangan para remaja hari ini kerana media sosial kini merupakan satu saluran yang paling pantas dalam menyampaikan maklumat dan informasi. Namun, bukan semuanya yang disampaikan dalam media sosial itu memberikan kesan yang buruk. Terdapat juga segelintir program-program dan drama-drama yang menayangkan pergaulan bebas dapat ditonton melalui media sosial seperti Youtube. Keleluasaan kandungan yang melibatkan gejala sosial dalam sesebuah filem atau drama itu mudah mempengaruhi fikiran remaja yang masih belum matang. Pada masa yang sama, fenomena ini akan mencetuskan perasaan ingin mencuba mereka untuk dalam perkara yang belum dicuba oleh mereka. Perasaan sebegini telah menyebabkan mereka hanya ingin mencuba dan mencari keseronokan dalam perkara yang mereka belum cuba tanpa memikirkan akibat mereka.

Kesimpulannya, setiap warga masyarakat tanpa mengira kaum haruslah bersatu padu menggembleng tenaga untuk mencegah dan membanteras masalah sosila ini supaya masalah sosial ini tidak menular dengan lebih serius. Pihak atasan seperti badan-badan kerajaan dan kerajaan juga perlu lebih peka dan menganjurkan pelbagai ceramah atau motivasi kepada remaja supaya mereka mendapat pelbagai informasi berkenaan gejala ini dan sedar akan kesan daripada perbuatan tidak bermoral itu. Dengan usaha-usaha yang dilakukan secara bersama dan menyeluruh ini dapat membantu mengurangkan masalah ini daripada terus menjadi satu masalah yang serius di Malaysia. Kita tidak patut menunding jari kepada pihak yang lain kerana penyelesaian masalah gejala sosial itu adalah tanggungjawab setiap orang. Pendek kata, gejala sosial perlu ditangani dengan cepat supaya remaja tidak lagi terlibat dalam gejala sosial sedangkan golongan remaja merupakan pewaris negara pada masa akan datang yang akan menentukan arah dan merealisasikan wawasan 2020 negara.






Saturday, May 10, 2014

MAT REMPIT

Masalah gejala sosial dalam kalangan masyarakat pada hari ini semakin serius dan membimbingkan rakyat. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja adalah merupakan pemimpin negara pada masa depan. Berbagai-bagai gejala sosial hari ini semakin menular dan merebak dalam kalangan remaja hari. Contoh-contoh gejala sosial yang selalu berlaku dalam kalangan remaja ialah penagihan dadah, mat rempit, masalah ponteng sekolah, pembuangan bayi, pencurian, gangsterisme, vandelisme dan sebagainya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa terdapat banyak faktor seperti masalah pengaruh rakan sebaya, kekurangan kasih sayang, pengaruh media massa dan sebagainya menyebabkan masalah kes gejala sosial itu berlaku dan meningkat.

      Pada pandangan saya, pada peringkat tahap remaja adalah merupakan tahap yang sedang mencari identiti sendiri. Mereka mempunyai cara fikiran sendiri kerana beranggap terdapat kebolehan untuk berfikir sendiri dan membuat keputusan sendiri. Memang tidak boleh dinafikan bahawa remaja pada peringkat umur 15-18 dan mudah dipengaruhi oleh kawasan sekeliling mereka seperti kawan, media massa, keluarga dan sebagainya. Dengan ini, apabila dipengaruhi oleh kawasan sekeliling mereka cara pemikiran akan mencodong. Namun masalah keluarga adalah merupakan antara faktor yang paling penting untuk menentukan pemikiran mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa memainkan contoh model anak-anak mereka. Dengan ini, keluarga yang tidak sempurna seperti penceraian ibu bapa, pergaduhan dan ibu bapa yang kurang mengambil berat terhadap anak-anak mereka akan menyebabkan anak-anak mereka berasa diabaikan dan kekurangan kasih sayang oleh ibu bapa. Disebabkan tidak mendapat perhatian daripada kedua-dua orang ibu bapa maka remaja akan bergaul dengan rakannya tanpa mengira sama ada rakan tersebut adalah baik ataupun tidak. Oleh itu, kawan yang mereka bergaul adalah orang yang paling dipercayai. Dengan ini, mereka akan mengikuti apa-apa yang dilakukan oleh rakan mereka.

         Saya percaya bahawa semua remaja faham akan kebahayakan mat rempit dan ia adalah merupakan salah satu aktiviti yang melanggar undang-undang. Namun demikian, mereka tetap berbuat demikian kerana mereka ingin merasa kelajuan dan memandu motosikal. Selain itu, adanya juga ingin mendapatkan kepuasan daripada kelajuan tersebut selain mendapatkan perhatian daripada orang lain. Selain ingin mendapat perhatian daripada orang ramai dan mendapatkan keseronokan itu, isu mat rempit kian meruncing juga disebabkan oleh kawan di sekeliling. Hal ini dikatakan demikian kerana ketika diajakkan oleh kawannya, maka seseorang terpaksa mengikuti kawannya kerana jika membantah maka akan dieksploitasikan oleh kawan tersebut. Dengan ini untuk memastikan hubungan antara satu sama lain, seseorang itu akan mengikuti apa-apa sahaja yang disuruh oleh kawannya walaupun tahu bahawa mat rempit adalah merupakan salah satu aktiviti yang melanggar undang-undang.

          Masalah isu mat rempit sepatutnya diatasi kerana ia akan meragut nyawa seseorang. Dipandangkan kebanyakan si mat rempit kurang serik dengan undang-undang yang ditetapkan maka teknik lain perlulah diamalkan untuk mengatasi masalah ini. Misalnya menganjurkan aktiviti pertandingan menunggang basikal untuk menggantikan mat rempit ataupun aktiviti yang lebih bermakna kerana mereka lebih suka pada kesukanan jika berbanding dengan belajar. Aktiviti yang bermakna boleh membantu mengisi masa lapang masing-masing dan secara tidak langsungnya ia boleh memotivasikan seseorang untuk menjadi baik.











Friday, May 9, 2014

PERGAULAN BEBAS


Masalah gejala sosial dalam kalangan masyarakat pada hari ini semakin serius dan membimbingkan rakyat. Berbagai-bagai gejala sosial hari ini semakin menular dan merebak dalam kalangan remaja hari. Contoh-contoh gejala sosial yang selalu berlaku dalam kalangan remaja ialah penagihan dadah, mat rempit, masalah ponteng sekolah, pembuangan bayi, pencurian, gangsterisme, vandelisme dan sebagainya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa terdapat banyak faktor seperti masalah pengaruh rakan sebaya, kekurangan kasih sayang, pengaruh media massa dan sebagainya menyebabkan masalah kes gejala sosial itu berlaku dan meningkat.

          Pada pandangan saya, remaja pada peringkat umur 15-18 juga merupakan peringkat yang mempunyai perasaan yang ingin mencuba dan mudah dicabar untuk melibat dalam pelbagai aktiviti gejala sosial. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka akan mengundangkan perasaan ingin tahu di kalangan remaja. Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara perkara tersebut. Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan sebarang perkara-perkara yang mereka tidak pernah buat khususnya aktiviti gejala sosial seperti, pergaulan bebas.

             Memang tidak dapat dinafikan bahawa sejak mutakhir ini, ramai remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas. Tambahan pula,dalam era-serba moden ini, pergaulan para remaja semakin tidak terbatas. Mereka bebas berbuat apa sahaja tanpa memikirkan masyarakat sekeliling. Pergaulan bebas ini sebenarnya  dapat didefinisikan sebagai pergaulan bebas tanpa batasan antara lelaki dan perempuan yang belum berkhawin. Kebannyakan masalah pergaulan bebas ini berlaku adalah berasal daripada perasaan ingin mencuba dalam kalangan remaja ini. Remaja akan dahagakan keseronokan daripada perkara yang mereka tidak pernah cuba sebelumnya. Bagi mereka, apa yang terlintas di pemikiran mereka adalah keseronokan dan perasaan ingin mencuba sahaja tanpa memikirkan akibat perbuatan mereka itu kelak .Oleh itu, pergaulan bebas pun telah menjadi sesuatu aktiviti yang dilakukan untuk memenuhi perasaan ingin mencuba mereka.

                  Selain itu, perkembangan media sosial sekarang seperti Youtube, Facebook dan sebagainya juga telah menjadi penyumbang utama kepada berlakunya gejala sosial seperti pergaulan bebas di kalangan para remaja hari ini kerana media sosial sekarang merupakan  saluran yang paling pantas dalam  menyampaikan pelbagai jenis maklumat.Walaupun tidak semuanya apa yang disampaikan dalam media  sosial itu memberikan kesan yang buruk, namun terdapat juga segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas di kalangan remaja tetap dapat ditonton melalui media sosial seperti Youtube.

                  Keleluasaan kandungan yang melibatkan gejala sosial seperti pergaulan bebas dalam sesebuah filem atau drama itu mudah mempengaruhi fikiran remaja yang masih belum matang itu dan seterusnya akan mencetuskan perasaan ingin mencuba mereka untuk dalam perkara yang mereka belum cuba khususnya dalam gejala sosial seperti pergaulan bebas. Perasaan ingin mencuba ini telah menyebabkan mereka hanya ingin mencuba dan mencari keseronokan dalam perkara yang mereka belum cuba tanpa memikirkan akibat mereka seperti pergaulan bebas yang terdapat dalam filem atau drama dalam media sosial.  Oleh itu, media sosial juga merupakan satu saluran yang menyebabkan perasaan ingin mencuba mereka dalam pergaulan bebas yang terdapat dalam media sosial ini.



               Kesimpulannya, masalah pergaulan bebas dalam kalangan remaja perlu dibendungkan dengan secepat mungkin sebelum masalah pergaulan bebas menjadi semakin serius di Malaysia. Peranan ibubapa sangatlah penting untuk membentuk pola pikir mereka jadi lebih baik dan melakukan hal-hal yang positif. Ibubapa juga harus memberi sentiasa mengawasi pergaualan anak mereka denagn kawan mereka dan juga memberi penerangan tentang akibat pergaulan bebas. Pihak masyarakat juga perlu bersama-sama menjaga dan mengawasi pergaulan remaja. Pendek kata, gejala sosial perlu ditangani dengan cepat supaya remaja tidak lagi terlibat dalam gejala sosial sedangkan golongan remaja merupakan pewaris negara pada masa akan datang yang akan menentukan arah dan merealisasikan wawasan 2020 negara.


Masalah Remaja: Pergaulan Bebas